SEJARAH RINGKAS SK BUKIT BALACON
Pada
mulanya anak-anak orang kampung di Ulu Segama bersekolah di sebuah sekolah yang
bernama St. Stephen Anglican Mission English Primary School yang telah
diwujudkan oleh Anglican Mission pada 8.1.1962. Oleh kerana keadaan tanah kebun
penduduk di sini yang rendah / pamah dan berhampiran dengan sungai besarSegama
yang selaluu saja dilanda banjir yang besar . Maka, kebun dan rumah-rumah orang
kampung selalu ditenggelami air. sedalam 8-9 meter sehingga seminggu lamanya
air bertakung barulah surut. Keadaan ini mengakibatkan kanak-kanak tidak dapat
belajar.
Atas simpati Kerajaan Negeri Sabah telah memindahkan penduduk-penduduk
di sekitar kawasan banjir ini ke Tanah Rancangan Penempatan Silabukan Lahad
Datu pada 1968 dan dengan ini juga sekolah tersebut jua turut ditinggalkan
begitu sahaja. Empat tahun kemudian, disebabkan keadaan berubah-ubah dan
perasaan ingin balik ke tempat asal, maka sepertiga daripada penduduk yang
ditempatkan di penempatan rancangan itu kembali ke kampung mereka di Ulu Segama
dan sejarah baru pun bermula.
Sekolah baru diwujudkan pada 18.4.1977 dengan dikenali sebagai SK.
Bukit Balacon, Lahad Datu. Pada mulanya hanya menumpang di bekas bangunan
Sekolah Mission iaitu St. Stephen Anglican Mission English Primary School.
Kemudian berpindah ke bangunan baru dibina pada 4.1.1983. Pada ketika itu, ada
5 orang guru terdiri daripada seorang Guru Besar dan 4 orang guru biasa dan
seramai 214 orang murid iaitu 120 murid lelaki dan 94 murid perempuan duduk
dalam 5 kelas.
Pengasas sekolah ini ialah ahli-ahli jawatan kuasa kemajuan kampung
(AJKK) yang terdiri dari orang kampung dan orang persendirian. Salah seorang
daripadanya ialah Encik Alan Atit iaitu bekas Guru Besar sekolah ini. Setelah
itu, guru-guru dan murid-murid dari sekolah ini. Setelah it, guru-guru dan
murid - murid-murid dari sekolah ini berpindah ke bangunan baru yang dibina
oleh kerajaan. Pada tahun 1985 mulalah dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK)
Bukit Balacon, Lahad Datu.
0 comments:
Post a Comment